Ice Cream Biz Knowledge Sharing #1
Assalamualaikum 😃
Lately ramai orang dok tanya2 dan macam ramai makin berminat utk start biz aiskrim. Alhamdulillah! Welcome to the club gaiss ! 😀
Saya bukanlah expert dalam bidang ni tapi insyaAllah sedikit sebanyak
ilmu yg ada ni wajiblah dikongsi demi kebaikan dan kemajuan bersama 😊
Mohon set masa jumpa kalau nak tau details dari A sampai Z. InsyaAllah
saya akan cuba bantu sedaya mungkin. At least x perlu nak "langgaq
dinding + buat pandai" macam saya dulu. Kurang2 kalau saya bleh buat
anda paham hala tuju dan target anda dalam biz aiskrim mungkin lebih
mudah anda nak start berbisnes nanti.
Hari ni saya nak cerita pasai salah 1 benda yg agak perlu dalam biz aiskrim iaitu "tong ais"
Tong ais. X wajib ada tapi "senang banyak" bila ada.
Soalan: Kenapa dlm biz aiskrim perlukan tong ais ni?
Jawapan: supaya kita boleh bawa aiskrim kita dari 1 lokasi ke 1 lokasi
tanpa masalah aiskrim kita cair dan berubah texture. Tambah dalam cuaca
yg panas menggila mcm sekarang ni lagi la cepat aiskrim cayaq oii. Tapi
kalau anda hanya berbisnes dari rumah so xdak pun xpa.
Soalan: Tong ais ni rupa mcm mana?
Jawapan: Tong ais ni kebanyakan berbentuk segi empat sama (macam abg
aiskrim bawak atas moto tu) pelbagai saiz biasanya 16x16 inci hingga
20x20 inci.
Ada 2 jenis tong di pasaran, tong konvensional (jenis lama) dan tong moden.
Tong lama memerlukan penggunaan ais dan garam setiap kali kita nak
keluar meniaga aiskrim. Macam mana nk isi ais? Better mai bengkel or
jumpa saya mana2 insyaAllah saya bleh ajaq secara detail. Dari
pengalaman lalu, kalau silap buat, ais cepat cayaq dan tong takkan boleh
simpan aiskrim lama. Selalunya tahan 3-5 jam ja.
Tong moden
plak mai siap2 dgn 5 keping plate penyejuk. Memang senang! Macam plug n
play ja beb! Aiskrim pun bleh tahan lama, standard 6-8jam bro!
Tak perlu dah hari2 nak buat keja renyah (leceh) gaul ais dan garam.
Susun-susun terus siap! (Ini bukan marketing isap2 teruih cantek haha)
Jimat Masa.
Jimat Duit.
Jimat Tenaga.
Tahan Lama.
Nak guna pasang, xmau guna boh balik dalam freezer ja utk maintain sejuk plate tu. Senang kan?
Price difference pun kalau check kat mudah.my x jauh beza. Tong jenis
lama pun saya check lebih kurang RM750-RM850 (Tapi sampai bila2 kena
beli ais dan garam baii). Padahal kalau tong yg ditempah dari Kuszie
Cream hanyalah RM997 dan plate tu insyaAllah boleh keep on disejukkan
janji jangan rosak fizikal saja. Mana lagi untung dan senang? Ketul ais
RM4 satu beg, tak RM120 sebulan bazir kat ais saja? Belum campoq garam
lagi beb. Lu pikir lah sendiri. Baik one shot invest sikit tapi puas
hati.
Soalan: Saya xdak bajet la bang nak beli tong ais, macam mana nak bawak aiskrim meniaga kat luaq?
Jawapan: Ok xpa, buat sementara, cara termudah dan termurah beli ja
dulu tong putih polystyrene tuh. Bagi saya tu ja paling senang dan save
kos. Letak aiskrim kita lepas tu letak Ais dan garam secara berlapis.
Layer demi layer. Renyah sikit dan buang duit hari2 utk kos garam dan
ais, tapi utk bagi biz kita at least boleh jalan dulu, ni cara terbaik.
Cumanya, method ni aiskrim x mampu tahan lama sangat, silap buat memang
aiskrim cepat cayaq, ais dan garam kena pakai hari2 dan proses
penyediaan sangatlah renyah. Saya hampir setahun jugak pakai macam ni.
Lagi 1 risiko dia aiskrim kita bleh jadi masin kalau secara x sengaja
garam yg ada dlm ais tadi termasuk ke dlm tub aiskrim kita so kena hati2
sikit.
Ok la kot no utk tips hari ni. Nanti2 rajin2 dan sempat
menaip kita share lagi apa2 yg patut. Sapa2 yg nak start meniaga tu,
rajin2 cari sifu dalam bidang yg nak diceburi. InsyaAllah dipermudahkan 😃